My Add

Wednesday 18 July 2012

Selangor hantar surat ambil alih SYABAS esok

SHAH ALAM, RABU, 18 Julai, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada kerajaan pusat esok bagi memaklumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). 

Beliau berkata, delegasi yang diketuai bersama oleh Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan menghantar surat itu secara peribadi kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya kira-kira 11 pagi.

 "Kerajaan negeri berpendirian bahawa isu air ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor khususnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini,hari ini. 

Ketika ditanya mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kerajaan negeri menghantar pelan dan rancangan untuk langkah pengambilalihan tersebut, Abdul Khalid menegaskan kerajaan negeri mempunyai kebolehan dalam perkara itu. 

"Operasi pengurusan air ialah satu operasi pengurusan, jadi kita tunjukkan kepada kerajaan pusat kita ada kebolehan untuk langkah in (mengambil alih pengurusan Syabas)," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment