My Add

Saturday 7 July 2012

Seludup manusia didalangi warga Australia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan rakyat tempatan dalam aktiviti penyeludupan manusia dari negara-negara konflik yang didalangi oleh warga Australia.

Beliau berkata, walaupun sindiket penyeludupan ke negara ini menukar modus operandi dari semasa ke semasa, namun beliau yakin pihak berkuasa mampu mengesan dalang sebenar di sebalik jenayah yang melibatkan beberapa negara itu.

"Buat masa ini, saya belum dapat mengesahkan mengenai penglibatan rakyat tempatan tetapi kita percaya mereka mempunyai beberapa kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sindiket itu.

"Oleh itu, biarlah pihak polis menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut," katanya kepeda pemberita semasa menyertai Program Menghijaukan Persekitaran Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN
...

No comments:

Post a Comment