My Add

Sunday 8 July 2012

Serena rai juara ke-5 Wimbledon


*SERENA (kiri) dan Radwanska bersalam selepas tamat final wanita Wimbledon, malam tadi.Tewaskan Radwanska di final pada usia 30 tahun

LONDON, SABTU, 07 Julai, 2012: Serena Williams dinobatkan juara Wimbledon untuk kali kelima dan menamatkan zaman suram Amerika dengan semangat juang tinggi ketika menewaskan wakil Poland, Agnieszka Radwanska 6-1, 5-7, 6-2 dalam aksi dramatik final malam tadi.

Serena, meraih hadiah $1.78 juta (RM5.3 juta) - menjadi pemain wanita pertama berusia lebih 30 tahun memenangi kejuaraan Wimbledon selepas Martina Navratilova pada 1990. 
Jelas, dia mengerah segala pengalaman sepanjang karier untuk menumpaskan lawan sukar, Radwanska. 

Selepas menang selesa set pertama, Radwanska, pemain pilihan keenam mengikat kedudukan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan yang berlanjutan selama dua jam setengah sebelum kemenangan berpihak kepada Serena di gelanggang tengah. 

Williams kini kurang lima gelaran kejuaraan berbanding adiknya, Venus di kejohanan All England tetapi kemenangan terbaru itu cukup bermakna kerana ia adalah kejohanan utama yang pertama dimenangi sejak Wimbledon 2010 - dan koleksi Grand Slam ke-14 pada usia 30 tahun. 

Pengalaman pahit disingkirkan Virginie Razzano pada pusingan pertama di Terbuka Perancis bulan lalu membuatkan Serena menghabiskan masa sepanjang bulan lalu untuk meningkatkan prestasi dan misinya berjaya. - BH

No comments:

Post a Comment