My Add

Monday 9 July 2012

Sikap berdiam diri Phaik Kheng timbul persoalan

PULAU PINANG, AHAD, 08 Julai, 2012: Tindakan berdiam diri Ng Phaik Kheng, wanita yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng menimbulkan persoalan.

Kenyataan Phaik Kheng amat dinanti-nantikan oleh banyak pihak kerana beliau dikatakan mampu menjelaskan kedudukan sebenar perkara itu.

Walaupun semalam, isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng telah membuat penafian mengenai penglibatan suaminya, namun banyak pihak menganggap Phaik Kheng perlu membuat penjelasan.

Hari ini, usaha Utusan Malaysia dan beberapa wartawan lain untuk mendapatkan komen Phaik Kheng gagal apabila telefon bimbit wanita itu dimatikan.

Sebelum ini, Phaik Kheng yang pernah bertugas di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang enggan mengulas isu itu biar pun diasak oleh wartawan dalam satu majlis.

Walaupun diperingatkan oleh wartawan bahawa keengganannya untuk mengulas boleh disalahertikan sebagai tidak menafikan dakwaan tersebut, Phaik Kheng menjawab; "tiada komen, bermakna tiada komen.". - UTUSAN

No comments:

Post a Comment