My Add

Wednesday 11 July 2012

Sikap hipokrit, cauvinis DAP jadi amaran kepada Melayu

KUALA LUMPUR, SELASA,10 Julai, 2012: Sikap DAP yang disifatkan sebagai rasis, hipokrit dan cauvinis oleh bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim baru-baru ini perlu menjadi amaran kepada masyarakat terutama orang Melayu.

Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Seri Jaafar Shaari berkata, parti tersebut dilihat memang seperti itu dari dulu lagi.

"DAP mengatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) rasis sedangkan mereka lebih rasis dan hipokrit. UMNO dan BN tidak rasis yang mana mereka telah berjaya membangunkan negara dengan kerjasama antara semua kaum.

"Saya menyeru kepada orang Melayu yang masih dalam DAP untuk tidak berterusan menjadi seperti 'boneka' mereka. Nilai dan lihat semula segala tindakan dan pendirian yang telah dibuat oleh DAP selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini....

No comments:

Post a Comment