My Add

Sunday 22 July 2012

Sikap pembangkang hanya untuk politik

*NAJIB Tun Razak memakaikan cermin mata kepada Abdul Manar Awang Mohd., 72, yang uzur pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan, Pahang, semalam. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI

PEKAN, SABTU,  21 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang tidak menyokong kerajaan tetapi mereka tidak boleh menghalang usaha baik yang dilakukan demi kepentingan rakyat.

Perdana Menteri berkata, sikap pembangkang yang menghalang kerajaan melakukan sesuatu perkara baik hanya keuntungan politik semata-mata

"Kita terpaksa melalui pelbagai dugaan dan rintangan dilemparkan oleh pihak yang tidak suka pada Felda dan kerajaan untuk berjaya.

"Sebenarnya dalam hal ini, kita tidak boleh main politik. Sepatutnya jangan halang, tak sokong pun tak apa, jangan menghalang sesuatu perkara baik untuk rakyat seperti penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Hadir sama, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Ishak Muhamad; ADUN Chini, Datuk Abu Bakar Harun, ADUN Peramu Jaya, Ibrahim Awang dan ADUN Pulau Manis, Khairuddin Ahmad.

Turut sama pada majlis itu, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Timbalan Pengurus Besar Felda, Faizoul Ahmad.

Bagi pemberian durian runtuh fasa kedua, para penerokawati Felda Gugusan Chini di sini menerima sebanyak RM16.75 juta manakala seramai 372 orang termasuk warga emas dan Orang Asli menerima sumbangan cermin mata daripada syarikat swasta di sini.

Najib berkata, kejayaan penyenaraian FGV itu menyaksikan para peneroka, isteri dan anak-anak mereka mendapat faedah sekali gus memberi sokongan padu pada kerajaan.

"Mereka (pembangkang) nak gagalkan perancangan ini, biar peneroka tak dapat durian runtuh asalkan mereka untung daripada politik," katanya.

Kata beliau, sekiranya kerajaan boleh menjana kekayaan melalui penyenaraian FGV maka para peneroka akan mendapat manfaat yang lebih besar hasil daripada perancangan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment