My Add

Tuesday 3 July 2012

Simpang bertingkat Seri Kembangan siap 2014

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Pemandu kenderaan yang sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Taman Equine dan Seri Kembangan dekat sini boleh menarik nafas lega apabila pembinaan persimpangan bertingkat menghubungkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex) mula beroperasi pada penghujung 2014 nanti.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, persimpangan bertingkat yang menelan belanja RM90 juta itu memudahkan aliran trafik di kawasan terbabit yang sering membelenggu kira-kira 68,000 penduduk di situ.

Menurut beliau, selain memudahkan aliran trafik, projek itu juga menjimatkan masa perjalanan kerana pemandu kenderaan tidak perlu membuat pusingan sejauh 17 kilometer di persimpangan bertingkat Putrajaya bagi memasuki lebuh raya tersebut.

''Pada masa ini, tol yang dikenakan pada kadar RM2.20 untuk pemandu kenderaan pergi dan balik Kuala Lumpur namun ia percuma untuk pemandu ke Putrajaya kerana di sana sudah sedia ada plaza tol," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan Persimpangan Bertingkat Seri Kembangan dekat sini, hari inI. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment