My Add

Tuesday 10 July 2012

Singapura rancang ringan hukuman mati pesalah

SINGAPURA, SELASA, 10 Julai, 2012: Singapura semalam mengumumkan perancangan untuk meringankan hukuman mati membabitkan beberapa pesalah dalam kes bunuh dan dadah, namun hukuman gantung sampai mati itu tetap digunapakai di republik itu.

Perubahan tersebut diumumkan oleh Kabinet selepas mendapati hukuman mati mandatori untuk kes bunuh dan pengedaran dadah terlalu berat dan umum seperti yang didakwa oleh pengkritik undang-undang dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

Sejak Julai tahun lalu, hukuman mati tidak dilaksanakan di republik itu untuk memberi laluan terhadap kajian yang dijalankan dan banduan yang menerima hukuman tersebut mungkin dibenarkan merayu mengurangkan hukuman mengikut undang-undang baru yang dijangka dikuatkuasakan akhir tahun ini.

Bagaimanapun, hukuman gantung sampai mati akan dikekalkan sebagai sebahagian daripada sistem keadilan Singapura. - AFP

No comments:

Post a Comment