My Add

Monday 9 July 2012

A. Sivanesan mungkir janji

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Julai, 2012: Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC Kebangsaan, Datuk R. Ramanan menyelar kegagalan pakatan pembangkang menunaikan janji membantu keluarga mangsa tragedi jambatan runtuh yang meragut tiga murid di Kuala Dipang, Perak, Oktober 2009.

Menurut beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan yang berlagak 'hero' cuba membantu menyelesaikan masalah keluarga mangsa termasuk memfailkan saman bagi pihak mereka.

Beliau difahamkan, ADUN Sungkai itu telah berjanji memberi guaman percuma kepada keluarga mangsa bagi menuntut ganti rugi, selain mengarahkan keluarga tiga murid terbabit membuat kenyataan akhbar yang berpihak kepada Sivanesan dan pakatan pembangkang.

"Namun apabila Sivanesan telah memfailkan saman tuntutan, beliau kemudiannya mengemukakan satu perjanjian dengan keluarga mangsa," katanya, - UTUSAN

No comments:

Post a Comment