My Add

Wednesday 11 July 2012

Sokongan 27 juta rakyat Malaysia iringi atlit Olimpik London

PUTRAJAYA, RABU, 11 Julai, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sokongan dan doa 27 juta rakyat Malaysia akan mengiringi perjuangan atlit negara yang akan bersaing di temasya Olimpik dan Paralimpik di London pada hujung bulan ini. 

Beliau berkata, walaupun sokongan itu bukan secara fizikal sebaliknya lebih kepada spiritual, kejayaan di kedua-dua temasya itu akan menjadi pencetus rasa optimis bukan sahaja kepada atlit tetapi juga kepada rakyat Malaysia.

"Bila sahaja atlet Malaysia melangkah ke gelanggang, mereka tahu seluruh rakyat berada di sisi," katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota kontinjen negara ke temasya Olimpik di London yang akan bermula dari 27 Julai hingga 12 Ogos manakala Sukan Paralimpik yang akan berlangsung di venue sama dari 29 Ogos hingga 9 September. 

Turut hadir pada majlis yang berlangsung di pejabat Perdana Menteri itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta anggota Kabinet. 

Najib berkata sukan merupakan satu bidang penting kepada agenda negara dan kerajaan tidak pernah meminggirkan bidang berkenaan terutama dalam usaha untuk membina negara bangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment