My Add

Wednesday 11 July 2012

SPR kaji peraturan bolehkan rakyat di luar negara mengundi

PUTRAJAYA, RABU, 11 Julai, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji pindaan peraturan dan syarat bagi membolehkan semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi menerusi pos atau undi tidak hadir pada pilihan raya umum. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata antara syarat utama untuk tujuan itu ialah mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubarkan. 

"SPR perlu menetapkan syarat berkenaan bagi memastikan pengundi itu mengetahui mengenai situasi politik dengan baik sebelum mengundi. 
"Berikutan itu, SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan," katanya. 

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata sehingga kini hanya 2,700 daripada 20,000 rakyat Malaysia termasuk pelajar dan kakitangan kerajaan berdaftar dengan kedutaan Malaysia di luar negara yang mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi pos atau pengundi tidak hadir.

No comments:

Post a Comment