My Add

Wednesday 11 July 2012

SPR tangguh kajian persempadanan semula

KUALA LUMPUR, RABU, 11 Julai, 2011: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menangguhkan urusan kajian semula persempadanan semula bagi membolehkan fokus diberi sepenuhnya kepada persediaan Pilihan Raya Umum ke-13. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi seluruh Semenanjung dan Sabah sudah cukup tempoh lapan tahun pada 21 Mac 2011. 

"Walaupun tempoh sudah cukup, tetapi oleh kerana pilihan raya dijangka tidak lama lagi maka fokus ditumpukan kepada persediaan pilihan raya umum ke-13," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 pada Persidangan Dewan Negara hari ini. 

Awang Adek berkata, urusan kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi Sarawak pula akan cukup tempoh lapan tahun pada 10 Jun 2013. 

Beliau berkata, dalam urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya, SPR berpandukan kepada prinsip yang digariskan dalam Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan. 

"Keseluruhan proses ini membabitkan semua pihak dalam memberikan pandangan dan maklum balas bagi memastikan urusan tersebut dilaksanakan secara saksama dan mengikut undang-undang," katanya. 

Persidangan Dewan bersambung esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment