My Add

Thursday 19 July 2012

Sultan Selangor dirayu campur tangan

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
SHAH ALAM, RABU, 18 Julai, 2012: Akibat terlalu kecewa dengan campur tangan politik dalam pemilihan jawatankuasa masjid di negeri ini, kira-kira 50 umat Islam berhimpun secara aman di luar Istana Bukit Kayangan di sini hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memorandum itu antara lain memohon campur tangan baginda sebagai ketua agama negeri bagi menyelesaikan isu mempolitikkan institusi masjid yang kian parah sejak Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Selain pemimpin beberapa buah masjid, turut serta pada perhimpunan itu ialah pemimpin dan ahli Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia Selangor (Waris Malaya), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment