My Add

Sunday 22 July 2012

Suspek kes bunuh bekas ketua wanita UMNO ditahan

  Halimah Yunus
ALOR SETAR, AHAD, 22 Julai, 2012: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi semalam. Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan, katanya. 

Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66. 

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas rumahnya dipecah masuk melalui pintu belakang. 

Dia meninggal dalam perjalanan ke hospital. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment