My Add

Wednesday 18 July 2012

Suu Kyi bakal terima anugerah tertinggi Kongres AS

WASHINGTON, RABU, 18 Julai, 2012:: Amerika Syarikat (AS) akan memberi anugerah tertinggi kepada Aung San Suu Kyi pada September ini apabila pemimpin demokrasi Myanmar itu melakukan lawatan pertamanya ke AS sejak beberapa tahun dikenakan perintah tahanan di dalam rumah. 

Suu Kyi yang dipilih mengganggotai Parlimen tahun ini selepas pentadbiran Myanmar melakukan reformasi, akan berlepas ke Washington pada September untuk menerima Pingat Emas Kongres. 

Pingat itu adalah anugerah kehormatan tertinggi yang diberi anggota Kongres AS dengan majlis penganugerahannya biasanya turut mengundang Presiden dan ahli kongres tertinggi AS. 

Kongres AS pernah mengundi untuk memberi pingat itu kepada Suu Kyi pada Mei 2008 apabila timbul ura-ura ikon demokrasi itu akan dilepaskan pemerintah junta Myanmar. 

Ia adalah lawatan pertama Suu Kyi, 67, ke AS sejak dibebaskan dan kali terakhir berbuat demikian pada awal 1980-an. 

Beliau menghabiskan masa sejak dua dekad lalu di rumah apabila junta tentera memerintahkannya dikenakan tahanan dalam kediaman kerana enggan menerima keputusan pilihan raya Myanmar pada 1990. - AFP

No comments:

Post a Comment