My Add

Monday 9 July 2012

Suu Kyi buat penampilan sulung ke sidang Parlimen

NAYPYIDAW, ISNIN, 09 Julai, 2012: Aung San Suu Kyi mencatat sejarah apabila menghadiri sidang Perlimen, hari ini sebagai ketua pembangkang dalam usaha melakukan transformasi terhadap arus politik perdana Myanmar.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk negara saya," kata Suu Kyi yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan sebaik tiba di pekarangan Parlimen. Ahli Parlimen berusia 67 tahun yang mewakili Parti Liga Demokrasi tampil buat pertama kali dalam sidang Parlimen mengandungi 37 anggota yang kebanyakannya dikuasai junta tentera itu. - AFP

No comments:

Post a Comment