My Add

Tuesday 17 July 2012

Syarikat operator keretapi Singapura didenda RM4.9 juta

SINGAPURA, SELASA, 17 Julai, 2012: Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) semalam mendenda sebanyak SG$2 juta (RM4.9 juta) terhadap syarikat operator keretapi, SMRT Corp. Ltd. ekoran gangguan perkhidmatan itu yang berlaku pada hujung tahun lalu, berpunca daripada proses penyelenggaraan yang tidak terurus.

LTA dalam laman webnya berkata, gangguan tersebut yang menyebabkan beribu-ribu pengguna terperangkap dalam laluan bawah tanah selama berjam-jam, boleh dielakkan sekiranya SMRT Corp. Ltd. melakukan penyelenggaraan dengan baik.

"SMRT Corp. Ltd. akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM4.9 juta atas gangguan perkhidmatan yang berlaku di Laluan Utara-Selatan pada 15 Disember dan 17 Disember tahun lalu," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment