My Add

Tuesday 17 July 2012

Tiga rakan sekerja terbunuh dalam nahas

Oleh NOOR HANIS HARUN
SEREMBAN, SELASA, 17 Julai, 2012: 17 Julai - Hasrat tiga rakan sekerja untuk menikmati makan malam bersama tidak kesampaian apabila ketiga-tiganya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi kereta di Batu 4, Jalan Seremban-Jelebu di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pukul 11.10 malam itu, kesemua mangsa, Muhamad Nazri Baharudin, 27; Mohd. Asrul Abd. Rahman, 31; dan Mohd. Shahrizal Ngah, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan badan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment