My Add

Monday 9 July 2012

Timbalan Pengerusi Tetap Muslimat Pas Kelantan jadi Senator

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Julai, 2912: Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan, Khairiah Mohamed hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di depan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang. 

Khairiah, 38, yang juga Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Perundangan Majlis Perbandaran Kota Bharu, adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pelantikan Khairiah diusul Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi yang tamat tempoh perkhidmatan.

Dalam ucapannya pada majlis itu di Dewan Negara di sini, Abu Zahar mengingatkan ahli Dewan Negara supaya berusaha memahami, menghayati, mempertahankan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan. 

Beliau juga menasihati mereka supaya tidak beremosi dan tidak sesekali melanggar serta mengingkari sumpah setia yang telah dilafaz demi kepentingan rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment