My Add

Friday 6 July 2012

Tindakan Kedah tidak masuk akal, kata Chor Chee Heung

ALOR SETAR, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Tindakan kerajaan Kedah yang didakwa akan menguatkuasakan dasar skim perumahan baru dianggap tidak masuk akal, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata, dasar itu adalah antara dua dasar dibuat kerajaan negeri yang dilihat tidak masuk akal kerana tidak membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi negeri.

"Kerajaan negeri menyatakan bahawa skim perumahan di sesetengah tempat iaitu di Sungai Petani dan Kulim hanya dihadkan kepada penduduk Kedah, ia tidak patut diumumkan sebagai dasar perumahan kerana akan merugikan Kedah.

"Jika dasar itu dilaksanakan, ini bermakna rakyat yang berada di Butterworth dan Seberang Perai tidak boleh beli rumah (di Kedah), jika tidak ia pasti dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kerja pemulihan projek perumahan terbengkalai di Taman Sri Derga Fasa III di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment