My Add

Wednesday 11 July 2012

Tingkat pelaburan dua hala

Oleh Saharudin Musthafa
JAKARTA, SELASA, 10 Julai, 2012: Menyedari Indonesia merupakan sumber pelaburan dan perdagangan yang penting, kerajaan akan terus meningkatkan usaha membawa masuk pelabur dari negara itu ke Malaysia.

Usaha itu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed amat penting bagi memastikan terdapat keseimbangan nisbah pelaburan antara kedua negara.

Kira-kira sedekad yang lalu, nisbah pelaburan Malaysia ke Indonesia ialah sebanyak 5:1 dan jumlah itu bagaimanapun menunjukkan peningkatan nisbah 3:1 sejak beberapa tahun lalu.

Mustapa berkata, nisbah pelaburan itu masih boleh ditingkatkan dan pelabur-pelabur Indonesia perlu melihat Malaysia sebagai jiran perdagangan yang strategik walaupun hanya mempunyai populasi seramai 28 juta orang, berbanding penduduknegara itu seramai 234 juta orang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment