My Add

Wednesday 18 July 2012

Tingkatkan kawalan keselamatan pusat beli-belah

PETALING JAYA, RABU, 18 Julai, 2012: Kawalan keselamatan di pusat beli-belah mesti dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan para pengunjung terjamin, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pengurusan pusat beli-belah di Petaling Jaya dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan masing-masing.

Katanya, langkah itu diambil berikutan kejadian percubaan samun di kawasan parkir pusat beli-belah One Utama pada kira-kira 10.05 malam kelmarin apabila seorang peniaga dan isterinya diserang oleh seorang lelaki yang cuba merampas beg tangan peniaga itu.

"Mangsa telah bertindak balas tetapi suspek itu menumbuknya beberapa kali di bahagian muka dan menyebabkan bibir atas mangsa terluka dan berdarah,” katanya pada sidang media semalam.

Arjunaidi berkata mangsa, bagaimanapun, tidak sempat mengecam muka suspek yang melarikan diri apabila beberapa orang awam datang menolong mangsa.

"Pihak kami sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan pusat beli-belah tersebut,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment