My Add

Tuesday 17 July 2012

TPM berjumpa imam dan nazir daerah Tampin

TAMPIN, SELASA, 17 Julai, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 200 imam dan nazir daerah Tampin di surau Taman Indah Baru di sini petang ini dalam rangka lawatan rasminya ke daerah Tampin. 

Sebelum itu, Muhyiddin yang tiba di surau berkenaan pada kira-kira jam 4.30 petang menunaikan solat jamak. Beliau kemudian meluangkan masa kira-kira 25 minit dan bersalaman dengan para imam dan nazir pada jamuan petang di perkarangan surau itu. 

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor. 

Sebelum itu beliau dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah. 

Terdahulu pada sebelah pagi, beliau dan isteri menghadiri majlis perasmian bangunan baru SJK Cina Kampung Baru Tampin. 

Muhyiddin dan isteri berlepas pulang ke ibu negara pada kira-kira jam 5 petang tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment