My Add

Wednesday 18 July 2012

Transaksi kontrak kementerian bernilai RM3.4 bilion dilaksana

PUTRAJAYA, RABU, 18 Julai, 2012: Sebanyak 111,963 transaksi kontrak kementerian yang bernilai RM3.464 bilion dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan persekutuan dengan menggunakan Modul Kontrak Kementerian untuk tahun ini sehingga 30 Jun. 

Timbalan Pengarah Unit e-Perolehan Kementerian Kewangan, Nor'aini Abdul Razak berkata, daripada jumlah itu, 3,996 transaksi bernilai RM1.077 bilion dilaksanakan di Putrajaya, 10,133 transaksi bernilai 680.78 juta di Kuala Lumpur manakala sebanyak 11,293 transaksi bernilai RM279.46 juta dilaksanakan di Selangor. 

"Jumlah keseluruhan penggunaan Modul Kontrak Kementerian di Lembah Klang adalah sebanyak 25,422 transaksi yang bernilai RM2.037 bilion," katanya semasa merasmikan Taklimat Penambahbaikan Modul Kontrak Kementerian dan Penguatkuasaan Kod Bidang Baru Kepada Kementerian dan Pusat Tanggungjawab (PTJdi sini hari ini

Kira-kira 400 wakil agensi-agensi kerajaan di sekitar Lembah Klang menghadiri sesi  taklimat itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment