My Add

Sunday 22 July 2012

Tukar wakil dalam Syabas - GPRS

Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, SABTU, 21 Julai, 2012: Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mencabar kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menukar wakilnya di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana wakil terlibat telah gagal menjelaskan situasi sebenar krisis air yang berlaku di Selangor kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya.

"Sebab itu, walaupun mempunyai 30 peratus pegangan saham, Menteri Besar dan Exco masih tidak maklum dan faham bahawa krisis yang sedang berlaku adalah kekurangan air terawat akibat permintaan yang meningkat. Bukannya kekurangan air sungai, lombong atau empangan.

"Mereka juga tidak faham yang loji rawatan air sedia ada tidak lagi mampu merawat kapasiti air terkini yang diperlukan pengguna dan hanya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dapat menyelesaikan masalah itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment