My Add

Sunday 8 July 2012

Tunggakan bayaran bulanan Rumah Mesra Rakyat RM11.7j

IPOH 8 Julai - Jumlah bayaran bulanan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang belum dijelaskan oleh 5,641 penerima kini mencecah RM11.7 juta dengan jumlah tertinggi dicatat Kelantan sebanyak RM2.43 juta.

Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, angka itu adalah jumlah terkumpul sejak tahun 2002.

"Jumlah tunggakan ini adalah berdasarkan kepada kategori penerima yang tidak bayar jumlah bulanan lebih daripada tiga bulan dan menjangkau lebih setahun," katanya kepada pemberita selepas penyerahan surat tawaran dan kunci RMR 1Malaysia kawasan parlimen Ipoh Timur, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment