My Add

Tuesday 17 July 2012

Tuntutan rakyat kini kerajaan yang mampu buat transformasi

TAMPIN, SELASA, 17 Julai, 2012: Tuntutan rakyat yang kian berubah kini memerlukan kerajaan yang mampu melakukan transformasi dan memperkenal pelbagai program, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Rakyat kini mahu melihat siapa yang mampu menunaikan impian mereka, katanya, dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaik mungkin memenuhi kehendak dan keperluan yang dituntut rakyat. 

"Pemikiran rakyat pun sudah berubah, mereka mahukan hidup yang lebih baik, bagus, cantik dan sempurna. Jika tiada kerajaan seperti BN yang mampu menjelmakannya, ia mungkin tidak akan terjadi," katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, di sini hari ini. 

Hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, yang juga Menteri Kerja Raya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment