My Add

Thursday 19 July 2012

Ujian DNA tentukan waris sebenar Qaleesya

JOHOR BAHRU, RABU, 18 Julai, 2012: Polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan waris sebenar bayi berusia lapan bulan yang berjaya diselamatkan polis selepas dilarikan pembantu rumah dari rumah keluarga angkatnya di Taman Impian Emas, Skudai di sini Ahad lalu.

Ketua Polis negri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, hasil keputusan ujian DNA itu bagaimanapun hanya akan diketahui dalam masa beberapa minggu lagi.

“Bayi tersebut menjadi pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya milik mereka. Siapa ibu bapa kandung sebenar bayi tersebut hanya akan diketahui sebaik keputusan DNA diperoleh kelak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Qaleesya Wan Mohd. Farid, berusia lapan bulan yang dilarikan oleh pembantu rumah keluarga angkatnya di Skudai, di sini Ahad lalu ditemui selamat di sebuah rumah di Taman Sri Jenjarom, Kuala Langat, Selangor kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment