My Add

Monday 9 July 2012

UMNO Kelantan nasihat Pas jangan terlalu ghairah

KOTA BHARU, AHAD, 08 Julai, 2012: UMNO Kelantan mengingatkan Pas dan sekutunya supaya tidak melemparkan fitnah kepada mana-mana pihak sehingga memporak-perandakan bangsa dalam keghairahan menawan Putrajaya.

Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed (gambar) berkata, jangan hanya kerana mahu mencapai cita-cita untuk mentadbir negara mereka boleh memecahbelahkan rakyat sesama Islam.

“Ke Putrajaya itu memang betul, kita orang Islam perlu mendekatkan diri dengan ALLAH SWT yang pastinya kita tidak akan tersasar dari ajaran agama.

“Urusan ke Putrajaya banyak dikaitkan dengan dunia yang kadang kalanya boleh menghuru-harakan negara, yang penting jangan memecahbelahkankita sesama Islam,” katanya ketika mengulas teguran Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud terhadap sikap pimpinan dan ahli parti itu yang begitu ghairah mahu menawan Putrajaya.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penutupan Kenduri Perdana Polis Kontinjen Kelantan yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, di sini.

Mohamed dalam tegurannya itu berkata, sepatutnya tumpuan diberikan kepada agenda dakwah sebenar yang pada pandangan beliau seperti dipinggirkan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas lanjut berhubung perkara itu, berkata, setiap perkara dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment