My Add

Monday 9 July 2012

UMNO wujud atas kesepakatan masyarakat Melayu

KUALA LUMPUR, AHAS, 08 Julai, 2012: UMNO merupakan parti keramat kaum Melayu kerana ia ditubuhkan atas kesepakatan dan kehendak masyarakat itu yang mahukan sebuah kerajaan merdeka untuk mengurus dan mentadbir negara ini mengikut kepentingan dan keperluan penduduk majoritinya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sejarah penubuhan parti itu berbeza dengan parti-parti lain yang wujud akibat daripada perpecahan, perbalahan dan juga demi pembalasan dendam semata-mata.

Menurutnya, UMNO terus kekal sehingga kini kerana ia bertindak secara sepakat dan menjadikan keperluan masyarakat, khususnya orang Melayu sebagai keutamaan tanpa meminggirkan keperluan kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini.

"Ini berbeza dengan asas penubuhan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Semangat 46 yang lahir hasil daripada perasaan tidak berpuas hati dan perbalahan yang terjadi di antara masyarakat Melayu pada waktu itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment