My Add

Monday 23 July 2012

Unjuran ekonomi dinaikkan kepada 4.5%

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 Julai, 2012: Pertumbuhan eksport yang lebih baik pada separuh pertama tahun ini telah menyokong ekonomi dan telah menyebabkan unjuran pertumbuhan ekonomi dinaikkan kepada 4.5 peratus berbanding 3.8 peratus, menurut OCBC Bank.

Peningkatan unjuran tersebut adalah bersandarkan kepada momentum kukuh dalam permintaan swasta sepanjang separuh pertama tahun ini.

Bagaimanapun, risiko luaran yang membimbangkan telah menyebabkan OCBC Bank mengekalkan unjuran pada paras 4.2 peratus sehingga hujung tahun.

Menurut kenyataan OCBC Bank, pertumbuhan perbelanjaan swasta kekal kukuh dan ia bakal berada melebihi tujuh peratus pada separuh pertama tahun ini.

Apa yang lebih menarik apabila pertumbuhan pelaburan merekodkan paras tertinggi melebihi 16 peratus pada suku pertama 2012 dan dijangka tumbuh dalam digit berganda pada separuh pertama memandangkan kerajaan meningkatkan projek kerjasama awam swasta, kata kenyataan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment