My Add

Wednesday 11 July 2012

Usaha bawa keluar bangkai pesawat tentera British terhempas

*ABDUL Rahman Abdullah (berdiri, tujuh dari kanan) dan penjejak Orang Asli, Angah Jenon (berdiri, empat dari kiri) bersama serpihan pesawat pengangkut Valetta VX525 di puncak Bukit Kansap berhampiran Pos Hau, Gua Musang, baru-baru ini.

KOTA BHARU, SELASA, 10 Julai, 2012: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) akan membawa keluar bangkai pesawat Tentera Udara Diraja British yang ditemui terhempas di puncak Bukit Kansap berhampiran Pos Hau, Gua Musang.

Pengarahnya, Abdul Rahman Abdullah berkata, bangkai pesawat pengangkut jenis Valetta VX525 dari Skuadron 48 itu dipercayai terhempas pada 23 November 1956.

Beliau berkata, kesemua anak kapal termasuk tujuh tentera British yang ada di dalam pesawat tersebut dilaporkan turut terkorban.

Katanya, usaha membawa keluar bangkai pesawat tersebut yang ditemui dengan bantuan Orang Asli tempatan akan dibuat dengan teliti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment