My Add

Monday 9 July 2012

Wan Azizah desak suami bersara?

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Julai, 2012: Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta memberi penjelasan sama ada beliau mendesak suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersara daripada politik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Wan Azizah dipercayai berbuat demikian ekoran tertekan dengan pelbagai dakwaan termasuk tuduhan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berhubung hubungan sulit Anwar dan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin.

Menurut beliau, Wan Azizah juga bimbang sekiranya timbul skandal-skandal baru melibatkan suaminya selain pelbagai kontroversi sedia ada yang masih belum dijawab oleh Anwar.

''Kita juga tertanya-tanya sekiranya hasrat Anwar untuk bersara daripada gelanggang politik adalah satu sandiwara dan taktik beliau untuk lari daripada isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment