My Add

Sunday 8 July 2012

YaPEIM cadang kembang sayap ke Thailand

*PRACA Prompok (dua, kanan) bersama Abdul Malek Awang Kechil (dua, kiri) semasa melakukan gimik perasmian Persidangan Sekritariat Ar Rahnu Serantau 2012 di Pattani, semalam.

Sofian Baharom
PATTANI, SABTU, 07 Julai, 2012:Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bercadang menembusi pasaran Pattani, menerusi perniagaan francais dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Malek Awang Kechil berkata, ia berikutan kestabilan perniagaan Ar-Rahnu YaPEIM di Malaysia yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

"Hasrat ini akan disuarakan kepada kerajaan Thailand dan serantau di Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

"Thailand kini mengalami masalah kekurangan sumber dana bagi pembangunan perniagaan Ar-Rahnunya dan kami melihat situasi ini sebagai peluang untuk mengembangkan perniagaan di sini, di samping membantu Thailand membangunkan perniagaan Ar-Rahnu mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment