My Add

Sunday 8 July 2012

Zam tempelak Kit Siang

 Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR, SABTU, 07 Julai, 2012: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menempelak Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana didakwa membawa parti itu ke arah yang dilihat sebagai rasis dalam perjuangan mendapatkan sokongan orang ramai.

Beliau turut menyifatkan Kit Siang sebagai seorang cauvinis Cina yang setaraf dengan sesetengah cauvinis Melayu dalam perjuangan mereka bagi membela hak kaum masing-masing.

"Tidak usahlah menuding jari kepada orang lain untuk menutupi kekotoran diri, cerminlah diri sendiri, jangan jadi seperti kata orang cakap berdegar-degar tahi tersangkut di gelegar," katanya seperti dipetik dalam entri terbaru blog beliau,zamkata.blogspot.com.

Menurutnya, Kit Siang juga adalah jelmaan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam DAP yang mewarisi perjuangan Malaysian Malaysia yang ditinggalkan oleh PAP dan Lee Kuan Yew.

Bagaimanapun, menurut Zainuddin, Kuan Yew bukan seorang cauvinis Cina, malah nama sebenar beliau ialah Harry Lee.

"Dia mencapai matlamat 'mengInggeriskan' orang Cina Singapura dengan menumpaskan perkauman Cina yang menjadi tulang belakang kepada komunisme di Singapura dalam tahun 50-an dan 60-an," katanya.

Ikuti kupasan penuh beliau dalam zamkata.blogspot.com. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment