My Add

Wednesday 18 July 2012

Zubir mengaku tidak bersalah

*AHMAD Zubir Murshid (kiri) diiringi Peguam Bela, Datuk K. Kumaraendran ketika hadir di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH
Oleh SITI NOORALINA AHMAD 
KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Julai, 2012: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sime Darby Bhd. (Sime Darby), Datuk Seri Ahmad Zubair @ Ahmad Zubir Murshid (gambar) mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pecah amanah lebih RM100 juta terhadap dana syarikat itu dalam projek pembangunan tanah adat Sarawak, empat tahun lalu.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan pilihan memperdaya Lembaga Pengarah Sime Darby.

Ahmad Zubair, 55, diamanahkan penguasaan ke atas dana Sime Darby iaitu memperoleh Tanah Hak Adat Bumiputra (HAB) di bawah Sarawak - Expansion Plan dan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Sarawak bagi tanah HAB yang terletak di KJD/Lower Julau, Sungai Julau/Sungai Pitoh/Sungai Jiet dan bahagian Merurun/Meluan/Entabai dan Sarikei. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment