My Add

Tuesday 7 August 2012

11 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU, SELASA, 07 Ogos, 2012:: 11 rumah dan sebuah kereta jenis Perodua Kembara musnah dalam kebakaran di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 8.10 malam sebelum mengejarkan dua jentera beserta 25 anggota ke lokasi dan tiba 18 minit kemudian.
Bagaimanapun, katanya, operasi memadam api hanya selesai pada jam 10.26 malam disebabkan pelbagai halangan termasuk tiupan angin kencang memandangkan perkampungan itu terletak berhampiran laut.

"Situasi itu menyebabkan api sukar dikawal dan kita terpaksa mengambil air laut untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment