My Add

Saturday 11 August 2012

15 termasuk pemilik pusat hiburan ditahan

BESUT, SABTU, 11 Ogos, 2012: Polis daerah ini menahan 15 lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun termasuk seorang pemilik premis hiburan tanpa lesen di Pulau Perhentian Besar dalam satu serbuan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, semasa serbuan dilakukan terdapat beberapa pelanggan premis sedang berhibur di bawah pengaruh dadah.

"Pemeriksaan lanjut yang dilakukan terhadap mereka mendapati tiga daripada mereka positif dadah dalam serbuan pada kira-kira =pukul 3 pagi itu," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan di bawah pelbagai kesalahan termasuk menguruskan pusat hiburan tanpa lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

Katanya, polis juga merampas pelbagai alatan muzik di premis itu dalam operasi selama dua jam itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment