My Add

Monday 6 August 2012

28 GRO Vietnam ditangkap


*SEBAHAGIAN daripada 28 orang wanita pelayan pelanggan warga Vietnam ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Wisma Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM


Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Seramai 28 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah pusat hiburan Bandar Manjalara, Kepong, di sini awal pagi ini.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 1.30 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul hasil risikan dan maklumat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, ketika serbuan dilakukan sebahagian wanita tersebut bertindak agresif dengan cuba melarikan diri melalui pintu rahsia yang disediakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment