My Add

Monday 6 August 2012

30 warga Filipina terdampar seminggu diselamatkan

*SERAMAI 30 warga Filipina yang berjaya diselamatkan selepas bot dinaiki mereka rosak dan terdampar kira-kira seminggu di Pantai Pulau Balambangan, Kudat, Sabah, kelmarin.

KUDAT, AHAD, 05 Ogos, 2012: Sekumpulan 30 warga Filipina termasuk tiga kanak-kanak yang terdampar di pantai Pulau Balambangan di sini, sejak seminggu lalu, selepas bot yang mereka naiki rosak semasa dalam perjalanan dari Tawi-Tawi ke Pulau Balabac, Filipina, diselamatkan pasukan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Supritendan Dawi Ossen berkata, kesemua mangsa yang dalam keletihan dan tidak bermaya itu, diselamatkan Polis Marin kira-kira pukul 6.30 petang setelah mendapat maklumat awam.

Pihaknya bagaimanapun terpaksa beberapa kali patah balik semasa hendak menjalankan misi menyelamat itu kerana berhadapan dengan cuaca buruk dan laut bergelora. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment