My Add

Wednesday 15 August 2012

300 banduan muda Sekolah Integriti Kajang dirai


*SALAH seorang banduan muda ditemu bual oleh wartawan Utusan di Sekolah Integrasi Kajang, kelmarin.

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Meskipun berada di sebalik tembok penjara, kira-kira 300 banduan juvana di Sekolah Integriti Kajang (SIK) tidak dilupakan apabila diraikan pada majlis berbuka puasa oleh Great Eastern Life Assurance (M) Berhad (Great Eastern) di Penjara Kajang, dekat sini semalam.

Program dengan kerjasama Jabatan Penjara Kajang dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWW) itu bertujuan mendekati penghuni sekolah berkenaan yang terdiri daripada pesalah juvana serta banduan muda berumur antara 14 hingga 21 tahun.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat Great Eastern, Leong Pei Yee, program itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam mengajak penghuni sekolah berkenaan bersama-sama merasakan semangat berpuasa serta menyambut Aidilfitri sama seperti golongan belia lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment