My Add

Friday 17 August 2012

88 aduan jualan murah


*ISMAIL Sabri Yaakob tertarik melihat kasut untuk kanak-kanak berusia setahun ketika membuat tinjauan harga barang di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Azman Asmayatim

Oleh ROSALINDA MD.SAID
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerima sebanyak 88 aduan daripada orang ramai berhubung jualan murah dari Januari hingga Julai tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara aduan-aduan itu termasuklah kesalahan petunjuk palsu atau harga barang yang mengelirukan.

Jelasnya, daripada jumlah itu, sebanyak 118 kes diambil tindakan dengan melibatkan rampasan bernilai RM244,182.

“Saya banyak terima aduan daripada pengguna sama ada melalui laman sosial Facebook, Twitter dan Portal Pengguna Bijak kementerian. Ramai dalam kalangan mereka skeptikal serta bimbang adakah jualan murah itu benar-benar murah atau sebaliknya," rwgasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment