My Add

Tuesday 14 August 2012

Agong selesai jalani pembedahan mata kiri

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah telah selesai menjalani pembedahan mata kiri bagi membaiki masalah Makula.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Awang Kechik Abdul Rahman dalam kenyataan di sini berkata pembedahan itu berjalan lancar dan Tuanku Abdul Halim akan pulih dengan jayanya.

Awang Kechik turut berharap agar seluruh rakyat tidak berasa khuatir dan terus mendoakan kesihatan serta keselamatan Seri Paduka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu, pembedahan itu dilakukan oleh Profesor David Wong dari University of Hong Kong dan Dr Haslina Mohd Ali, Pakar Perunding Oftalmologi dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Awang Kechik berkata Yang di-Pertuan Agong akan berehat sepenuhnya dalam tempoh dua minggu, dan hanya kerabat diraja terdekat serta pembantu peribadi Tuanku Abdul Halim yang dibenar melawat sepanjang tempoh itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment