My Add

Wednesday 15 August 2012

AirAsia tawar 21,000 tempat duduk tambahan

SEPANG, SELASA, 14 Ogos, 2012: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menyediakan 21,000 tempat duduk tambahan kepada penumpang setia syarikat penerbangan itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 12,000 tempat duduk diperuntukkan bagi penerbangan dalam negara manakala selebihnya penerbangan ke luar negara.

Menurut beliau, antara empat destinasi domestik yang menunjukkan permintaan yang tinggi adalah Kuching, Bintulu, Kota Bahru dan Terengganu.

"Bagi destinasi antarabangsa, setiap tahun kita akan membuat penambahan ke Indonesia terutamanya destinasi ke Medan.

"Segala bentuk penambahan itu adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi di destinasi-destinasi tersebut sempena musim perayaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

No comments:

Post a Comment