My Add

Monday 13 August 2012

Akar umbi Pas tidak senang pemimpin parti sokong DAP

KOTA BHARU, AHAD, 12 Ogos, 2012: Penyokong-penyokong Pas di peringkat akar umbi dipercayai tidak senang dengan pemimpin parti itu yang masih menyokong DAP biarpun ia secara jelas menolak penubuhan negara Islam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pas semakin berubah kerana matlamat mereka hanya mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum dan kuasa.

“Kita tidak faham kenapa Pas telah mengorbankan prinsipnya, Pas yang dilihat oleh sesetengah rakyat Malaysia sebuah parti yang memperjuangkan Islam, kononnya, tetapi sudah berkompromi apabila mereka bersama dengan DAP.

“Ini telah menimbulkan masalah di peringkat akar umbi, kita tahu ramai di akar umbi tidak selesa tetapi demi pilihan raya dan demi kerusi untuk menang pilihan raya pemimpin Pas sanggup untuk berkompromi mengenepikan rancangan menubuhkan negara Islam dan terima konsep negara berkebajikan, ini satu kompromi yang paling besar," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment