My Add

Thursday 16 August 2012

Anwar nafi terlibat dengan Freemason

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.

Menerusi satu kenyataan ringkas di Twitternya, Anwar berkata, perbuatan mengaitkan beliau dengan gerakan sulit Zionis tersebut sebagai fitnah di akhir Ramadan.

"Fitnah di akhir Ramadhan," katanya sebagai mengulas kenyataan Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ibrahim Ali.

Semalam Ibrahim menggesa ketua pembangkang itu memberi penjelasan bagaimana individu bernama Anwar Ibrahim boleh menjadi ahli dan menyandang jawatan dalam Freemason.

Menurut Ibrahim, beliau tidak menuduh sebaliknya hanya menuntut penjelasan dan jika benar lelaki yang dimaksudkan bukan ketua pembangkang, ia tidak mengapa.

Dalam pada itu, Anwar yang dilihat mengelak untuk mengulas panjang isu tersebut hanya memuat naik pautan blog milosuam.blogspot.com. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment