My Add

Wednesday 15 August 2012

ASEAN di ambang hab pasaran automotif ke-6 terbesar

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Oos, 2012:: ASEAN kini di ambang menjadi pasaran automotif ke-enam terbesar di dunia menjelang 2018, dengan jualan kenderaan hampir berganda kepada hampir 4.7 juta unit berbanding dengan 2.4 juta unit tahun lalu.

Indonesia dan Thailand dijangka menerajui pertumbuhan itu, kata Frost & Sullivan dalam satu analisis, CEO 360 Degree Perspective mengenai Industri Automotif di ASEAN, yang meliputi empat pasaran automotif Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Ia mendapati bahawa pasaran kemungkinan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 10.1 peratus (2011-2018).

"Jualan kenderaan Thailand dan Indonesia kemungkinan mencecah sejuta unit menjelang 2013, yang dipacu oleh permintaan tempatan, peningkatan kuasa membeli dan pelaburan signifikan dari pengeluar peralatan asli Jepun (OEM)," kata Pengurus Penyelidikan Asia Pacific Automotive Practice, Vijayendra Rao dalam satu kenyataan.

"Thailand dijangka terus menjadi dominan sebagai hab pengeluaran di ASEAN berikutan pelaburan signifikan oleh OEM Jepun, insentif dari kerajaan, asas bekalan bakat yang baik dan yang diperlukan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment