My Add

Tuesday 14 August 2012

BAFIA cerminkan kredibiliti bank dalam urus niaga

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 bukan sahaja berperanan menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan, tetapi ia juga mencerminkan kredibiliti pihak bank dan institusi kewangan dalam menjalankan urus niaga mereka.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, akta tersebut penting kerana ia memastikan pelanggan kekal percaya dengan operasi pihak bank.

Katanya, KWSP juga memandang berat terhadap pematuhan BAFIA kerana ia melibatkan pelanggannya yang meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada organisasi itu.

"BAFIA mencerminkan kerahsiaan maklumat pelanggan yang perlu dijaga dalam semua aspek. Sekiranya pihak bank mahupun institusi kewangan ingkar terhadap pematuhannya, di mana pula pelanggan harus meletak kepercayaan mereka?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment