My Add

Wednesday 15 August 2012

BAFIA gagal bendung kebocoran

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Kebocoran maklumat peribadi daripada institusi kewangan negara sebenarnya berlaku setiap hari tanpa disedari oleh rakyat melalui pelbagai cara.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, ia berlaku disebabkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) hanya berfungsi sebagai slogan kerana tahap penguatkuasaannya daripada pihak berkuasa terlalu rendah.

Tegas beliau, jika benar BAFIA berfungsi, bagaimana ramai sering mendapat panggilan daripada pelbagai agensi jualan yang menawarkan barangan mereka.

''Sebenarnya isu tersebut bukan sesuatu yang baru di negara ini kerana CASSA sendiri pernah membangkitkan kebocoran maklumat kewangan pelanggan bank sejak lapan tahun lalu namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment