My Add

Wednesday 15 August 2012

Bantu mangsa konflik Myanmar


*ROZAMAN Ismail (kanan) bersama Dr. Mohd. Daud Sulaiman (tiga dari kiri), Dr. Abdul Razak Kechik (dua dari kiri) dan Khairil Annuar Khalid (kiri) pada majlis pelancaran Tabung Kemanusiaan Rohingya di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Malaysian Relief Agency (MRA) dan Kumpulan Utusan hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya bagi membantu meringankan beban mangsa konflik etnik di Myanmar.

Tabung itu merupakan kesinambungan daripada kerjasama terdahulu kedua-dua organisasi ketika membantu mangsa banjir di utara dan selatan tanah air pada 2010 serta mangsa kebuluran di Somalia dan mangsa banjir di Pakistan tahun lalu.

Presiden MRA, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik berkata, hasil kutipan tabung untuk masyarakat Rohingya di Myanmar itu akan disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di negara tersebut di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment